Wednesday, June 24, 2009
Puasa di bulan Rejab
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (20 julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24,25 & 26 Jun 209) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt
* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga
* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as
"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as
"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."
Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."
"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."
Saturday, June 20, 2009
PUASA 2009
IMAM ABU HANIFAH
Sesungguhnya kamu kelak pada hari Kiamat akan dipanggil dengan nama nama-mu dan nama
nama ayah-ayah-mu. Maka perindahlah nama mu.(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban).
Ibu Majah pula meriwayatkan: :"Muliakanlah anak-anakmu dan perbaguskanlah nama-nama
mereka.
Dengan sebab itu lah kami namakan anak kami yang kedua, Abu Hanifah sempena nama seorang tokoh islam yang terkenal.
Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.
Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.
Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat diMasjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
"Subhanallah... . Subhanallah ... . Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim... .!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis iru.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.
"... Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:
" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya... " jelas Abu Hanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
" Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.
" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku... Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan... !" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuahfirman Allah SWT yang bermaksud:
"Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.
"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula... ?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa... " Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa... !" sahut Dahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu... ? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak... ?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"
Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada... ? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah... ?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung... !" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti... " Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu... .Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya... .?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian.. "Dan pada jari kelingking kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya... " Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi... ! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.
Adab mendengar AZAN
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."
Wallahualam....
Friday, June 19, 2009
Mass Migration of Stingrays - Gulf of Mexico

Gliding silently beneath the waves, they turned vast areas of blue water to gold off the northern tip of the Yucatan Peninsula . Sandra Critelli, an amateur photographer, stumbled across the phenomenon while looking for whale sharks. She said: 'It was an unreal image, very difficult to describe. The surface of the water was covered by warm and different shades of gold and looked like a bed of autumn leaves gently moved by the wind..
Dengan meluncur di bawah ombak, ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan. Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini. Katanya, "Seperti lukisan... permukaan air seperti dipenuhi dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin. "


(Asy-Syura 42:29)
Monday, May 18, 2009
Sardin
Artikal ini Dipetik dari halaqah.net
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar,
rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit.
Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa
berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua
tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan
mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok
mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti
fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.
Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan.
Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba
Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak
sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin dan sebarang jenis produk dalam tin.