Wednesday, June 24, 2009
Puasa di bulan Rejab
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (20 julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24,25 & 26 Jun 209) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt
* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga
* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as
"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as
"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."
Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."
"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."
Saturday, June 20, 2009
PUASA 2009
Wednesday, April 22, 2009
Keburukan MENGUAP

Menguap.....semua orang menguap termasuk juga saya... tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.
Tuesday, April 21, 2009
Pesan Nabi : Sebelum Tidur
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sebenarnya kita sudah tahu...
2.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya
3.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu
4.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta
5.Kita sebenarnya sudah tahu bagaimana azabnya api neraka, tetapi masih melakukan dosa
6 Kita sebenarnya sudah tahu dan mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya
7.Kita sebenarnya sudah tahu dan mengenalpasti syaitan sebagai musuh, tetapi masih mahu mematuhinya
Tahajjud Pengubat kanser
Tuesday, March 3, 2009
Sistem faraid tak boleh diubah dan dikaji semula
Persoalan Agama bersama Jakim
Soalan:
Damansara,
Selangor
Apabila seseorang itu meninggal dunia, dia tidak mampu berfikir dan menguruskan hartanya sendiri, apatah lagi untuk menjaga kebajikan orang yang terdekatnya (waris). Maka Allah membuat peraturan itu untuk manusia. Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Seribu satu kemungkinan akan berlaku sekiranya pembahagian harta pusaka diberi kepada manusia untuk menguruskannya. Dengan kemampuan pemikiran yang terhad dan ketamakan masing-masing terhadap harta, mungkin berlaku ketidakadilan, yang berhak tidak mendapat bahagian, berlaku penganiayaan atau permusuhan.
Antara hikmah pembahagian harta pusaka menurut sistem faraid ini ialah:
i. Kaum lelaki sebagai pemimpin dan ketua keluarga yang bertanggungjawab terhadap nafkah isi rumah, termasuk ibu, adik beradik perempuan, isteri dan anak.
ii. Harta milik wanita tidak terusik walaupun dia mendapat jumlah yang sedikit kerana adik beradik lelaki mahupun suami tidak berhak ke atas hartanya. Malah dia tidak wajib memberi nafkah kepada sesiapa pun hatta dirinya sendiri menjadi tanggungjawab lelaki sebagai pemberi nafkah.
iv. Pembahagian secara faraid ini berlaku sekiranya tidak mendapat persetujuan dan kata sepakat daripada waris yang berhak untuk mendapat bahagian secara sama rata.
v. Islam mengangkat darjat wanita, kerana pada zaman jahiliah atau sebelum itu, wanita tidak berhak mewarisi harta keluarga. Sehinggakan ibu tiri boleh diwarisi oleh anak lelaki setelah kematian bapa.
Justeru, umat Islam perlu mempelajari, memahami hikmah dan mengamalkannya dalam kehidupan seraya merenung kembali kepada firman Allah yang bermaksud
"Yang demikian itu (hukum-hukum waris) batas-batas Allah dan barang sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya serta melampaui batas-batasNya, nescaya Allah akan masukkan dia ke neraka, dia kekal di dalamnya, dan ia mendapat seksa yang hina" (surah an-Nisa' : ayat 13-14)
Begitu juga dengan saranan Rasulullah bermaksud "Pelajarilah ilmu Faraid, kerana Faraid itu termasuk urusan agama kamu, dan ia seperdua ilmu, dan akan ditarik (cabut) yang pertama kali dari umatku. (Riwayat Ibnu Majah).
Tegasnya, sistem faraid tidak boleh diubah dan dikaji semula bagi mengadakan pembetulan dan sebagainya. Sistem faraid sudah ditentukan Allah dengan wahyu yang diturunkan di dalam al-Quran dan diperjelaskan lagi oleh Nabi Muhammad SAW bagi menjaga kebajikan, dan kemaslahatan, keadilan dan perpaduan umat manusia.
Wednesday, February 25, 2009
Dosa berkuku panjang dan amalan memakai cincin
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika ke semua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda. Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.
Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.
Air Tangan Orang yang Tidak Solat
Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), 'kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.' Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Thursday, February 19, 2009
Erti sebuah Senyuman
Kebaikan Duduk Iftirash
Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah reflexology , bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki.
Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!
Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.
Selamat beramal dan menyampaikannya.Wallahualam..
Wednesday, February 18, 2009
Hikmah Sujud
Tuesday, February 17, 2009
Sleep....
Allah says in the Quran:
It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from
Quran, Chapter 39 verse 42
This means: every time you sleep, Allah takes your souls, amongst many other souls he takes during sleeping. Then Allah decides who is going to be given another chance. For those who are blessed with another chance, Allah will permit their souls to go back to their bodies, the rest he keeps back from returning to life i.e.they die.
This means: each time you go to bed you should never be sure you will get up again, you ONLY have 50% chance for coming back to life. This means: each time you go to bed you should be prepared for your hereafter.
This means: when you wake up the next day you should appreciate how lucky (blessed) you are. And say 'Blessed be the One(Allah) who returned my soul to my body, and granted me another chance'. This is what the prophet PBUH used to say after waking up. This means: when you wake up the next day you should make sure you utilize the new day as much as you can before sleep time comes; the new day you are living could be the last chance you are given!
This means: you should try to make sure you recite surah AL-MULK (chapter 67) before sleeping, because the prophet PBUH promised that one who reads this sura before sleeping is saved from the punishment of the grave. May Allah forgive us all and bless us with a happy life in this dunya and the hereafter. Aameen.
Monday, February 16, 2009
Airmata Nabi Adam a.s, Cahaya di hari kiamat & Kala Jengking Neraka
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Wednesday, February 11, 2009
Antara Nikah dan Hutang

Hutang memang termasuk satu perkara yang berat sehingga para syahid pun dapat tercegah untuk memasuki surga hanya gara2 hutangnya. Namun demikian, Allah (swt) yang menciptakan manusia dan yang mengetahui batas2 kemampuannya, se-kali2 tidak akan memberi beban kepada seseorang lebih daripada kemampuannya. Sebagai orang yang beriman, maka keadaan ini adalah satu perkara yang mesti kita yakini sejak awal2 lagi, insya Allah.
Tidak itu saja, berkenaan dengan perkara hutang, sebenarnya Allah (swt) tidak melihat berapa banyak saudaranya atau fasilitasnya atau apa saja yang dapat menjadi jaminan bagi seseorang untuk dapat melunasi hutang, akan tetapi Allah (swt) justru memperhatikan dan memeriksa dengan sangat cermat kandungan hati dari orang yang menanggung hutang.
Siapa saja yang dengan kesungguhan hati berniat untuk melunasi hutangnya, maka Allah (swt) akan menolong hamba-Nya sedemikian rupa sehingga kelak dia dapat melunasi hutangnya. Bukan dengan cara kita, tetapi dengan cara Allah dan dengan lama masa yang ditentukan-Nya sendiri, sama saja apakah pelunasan tersebut melalui tangan kita sendiri atau lewat ahli waris kita, sebagaimana yang dikisahkan dalam hayatus sahabat Rasulullah (lihat bagaimana Abdullah bin Zubair melunasi hutang2 ayahnya).
Dan siapa saja yang tiada niat dalam hatinya untuk melunasi hutangnya, maka Allah (swt) tidak akan membantunya dan tidak pula akan membukakan jalan ke arah sana . Lebih jelek daripada itu adalah bahwa kelak di akhirat dia akan dituntut untuk membayar hutangnya sesuai dengan kuantias, kualitas dan nilai hutangnya saat dia hidup di dunia, suatu yang tidak mungkin dilakukannya. Tidak itu saja, orang2 yang berhutang yang tidak memiliki niat sama sekali untuk membayarnya, di akhirat kelak akan didakwa sebagai pencuri.
Hutang adalah satu tanda dari tanda2 miskinnya seseorang, bahkan meskipun secara dzahir dia memiliki fasilitas dan kebendaan yang banyak. Kepemilikan atas benda2 tidak otomatis menunjukkan seseorang bebas dari hutang. Bahkan banyak kenyataan pada hari ini bahwa sebagian orang malah tahu sama tahu bahwa hutang seseorang berbanding lurus dengan banyaknya benda2 yang (merasa) dimilikinya. Itu artinya bahwa semakin banyak benda, semakin banyaklah hutangnya. Dan tentu saja dia semakin miskin dilihat dari sisi yang tak dapat dipandangnya.
Memiliki hutang adalah salah satu bentuk kehinaan. Maka tidak ada cara lain untuk keluar dari kemiskinannya kecuali dengan kembali kepada janji2 Allah (swt). Dan salah satu hal yang dijanjikan Allah (swt) yang apabila seseorang memenuhinya dengan yakin akan menjadikannya seorang yang tercukupi keperluannya adalah menikah.
Firman Allah (swt), "Dan kawinkanlah orang2 yang sendirian diantara kamu, dan orang2 yang layak (berkawin) dari hamba2 sahayamu yang lelaki dan hamba2 sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah maha luas (pemberian-Nya) lagi maha mengetahui." (QS 24:32)
Atau dengan kata lain se-olah2 Allah (swt) ingin mengatakan, "Jika kamu miskin, maka Aku akan mengkayakanmu. Jika kamu kekurangan, maka Aku akan mencukupimu. Jika kamu berhutang, maka Aku akan melunasinya." Dengan syarat bahwa pernikahan tersebut se-mata2 untuk memenuhi kehendak Allah dan rasul-Nya dan untuk menyempurnakan agama pada diri kita.
Oleh karena itu, dahulukanlah menikah dan kelak kita akan mendapatkan bahwa janji Allah (swt) adalah benar. Tentu saja yang dimaksud menikah di sini adalah satu bentuk pernikahan sederhana yang sesuai dengan batas minimal syarat2 (minimum requirement) sahnya pernikahan. Dengan menikah seperti ini, dua kebaikan akan dapat kita raih sekaligus, menikah dan dapat melunasi hutang, insya Allah.
Sebaliknya, siapa saja yang mendahulukan membayar hutang apa yang belum sanggup dilakukannya, sementara menikah dengan cara sederhana dapat dilakukannya, maka umurnya akan habis dengan usahanya tersebut. Dan seandainya kelak hutangnya dapat dilunasinya, maka dia akan menjumpai bahwa dia dalam keadaan tiada berdaya untuk menikah, sama saja apakah karena lemahnya badan atau hilangnya gairah untuk mendampingi pasangannya.
Menikahlah dan kelak kita akan memahami bahwa ternyata Allah (swt) maha pengampun lagi maha penyayang. Hal itu kita ketahui dari hilangnya kebiasaan2 kita yang buruk dan jelek yang sering kita lakukan sebelum nikah. Tidak itu saja, bersamaan dengan lenyapnya kesempatan2 berbuat dosa (jika kita sendiri), Allah (swt) juga memberi kenikmatan2 yang hanya dapat dirasakan oleh mereka yang telah menikah. Bukan melulu hubungan suami-istri saja, tetapi juga hubungan orangtua-anak dan hubungan2 lain yang dapat terbentuk hanya melalui pernikahan. Subhanallah.
Subhan ibn Abdullah
Pattaya, 07/07/2005
*http://imanyakin.modblog.com/core.mod?show=blogview&blog_id=670627