Showing posts with label YAHUDI. Show all posts
Showing posts with label YAHUDI. Show all posts

Tuesday, April 21, 2009

Jenis-jenis anak syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

 1. Zalituun
 Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
 Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

 3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam
dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku
keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Friday, February 27, 2009

Palestin,Israel dan Mesir

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.

I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:



Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. 

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!! 

Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza!

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). 

Razali kata
rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan di sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....)

Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..


Hamas

Memang kalangan yg
rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

I
steri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. 

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


Israel

Memang
pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...


Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan,
jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah
dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang... Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. 

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.


Thursday, February 19, 2009

Syarikat Illuminati Sudah Tiba Di Johor

Dalam sidang perbahasan di parlimen pada 21 Mei (Rabu), Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang telah mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan yang memberi kelulusan syarikat Yahudi Zionis
<http://dajjalvideo.blogspot.com/search/label/Zionis> untuk membuka kilang seluas 20,000 kaki persegi di Taman Teknologi Johor di Johor.

Syarikat tersebut dikenali sebagai Halliburton Manufacturing &Technology (M) Sdn. Bhd. Tuan Guru mempersoalkannya kerana syarikat tersebut terlibat secara langsung dengan penjajahan Amerika di Iraq, Mesir dan Palestin.

Amat mengecewakan apabila Timbalan Menteri iaitu Dato' Jacob Dunggau Sagan gagal menjawab soalan Tuan Guru. Beliau hanya sekadar berhelah kosong dan memberitahu kerajaan memberi kebenaran kerana syarikat tersebut mampu membawa pulangan faedah terkumpul yang banyak kepada kerajaan.

Berkenaan Halliburton Manufacturing
Halliburton merupakan syarikat pembekal senjata utama untuk peperangan di Iraq. Syarikat ini juga merupakan syarikat warisan keturunan Yahudi yang bernama Halliburton. Di bawah syarikat ini terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi senjata dan minyak.

Asalnya Halliburton Manufacturing diasaskan oleh dua orang tokoh perniagaan Yahudi iaitu Vida dan Erle P. Halliburton dan beribu pejabat di Burkburnett, Texas pada 1919. Core business untuk syarikat ini ialah Oil Well Cementing. Sejak dari 1919 hingga 1982, jumlah pekerja tetap syarikat Halliburton ialah seramai 115,000 orang. Namun jumlah pekerja menurun kepada 73,000 orang pada 1991.

Untuk memantapkan peranan Halliburton Manufacturing, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang berperanan khusus dalam pembekalan alatan perang berteknologi. Anak syarikat tersebut bernama Brown & Root Service.

Peranan Brown & Root Service
Dalam Polisi Perang Amerika BRS adalah sekutu terbesar dalam membekalkan alatan perang sejak 1990-an. BRS secara langsung telah terlibat dalam konflik-konflik seperti...
* Desert Storm Operation, Kuwait pada 1991,

* Konflik Balkan, 1990 dan Bosnia-Herzegovina.
Dalam konflik ini,Halliburton telah menubuhkan sebuah lagi anak syarikat baru iaitu Kellog Brown-Root (KBR),

* Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq.

Kekuasaan Halliburton dan Syarikat-Syarikat Yahudi Lain
Pada era Bush, Halliburton adalah penguasa sebenar loji-loji minyak di seluruh tanah Arab atau negara Islam kecuali Iran. Kekuasaan Halliburton bolehlah disamakan dengan kekuasaan Exxon Mobil yang dimiliki oleh David Rockefeller<http://dajjalvideo.blogspot.com/search/label/David%20Rockefeller> .

Menurut Dr. P.s.Bab*****, "...bagi sesiapa yang bukan dalam bidang industri minyak, Halliburton adalah sebuah syarikat yang misteri. Bagi yang terlibat dengan industri minyak pula, Halliburton adalah syarikat jenayah kolar putih."

(Logo jenama) Halliburton boleh disamakan dengan syarikat Yahudi lainnya seperti Baskin Robin (pembekal aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) dan pakaian jenama Bill Khakis iaitu pembuat pakaian tentera Amerika dan Zionis <http://dajjalvideo.blogspot.com/search/label/Zionis> sejak1880-an.

Irvin Robbin, pengasas Aiskrim Baskin Robbin dan Erle P.Halliburton Halliburton sama sahaja dengan kedua-dua syarikat ini, "tidak popular, tetapi amat berkuasa" dan terlibat secara langsung dengan setiap peperangan dunia dengan memainkan peranan masing-masing.

Tidak diketahui adakah pemilihan syarikat Halliburton oleh kerajaan Malaysia dibuat secara paksa atau pilihan terbuka. Adalah amat tidak logik pihak kerajaan Malaysia tidak mengetahui latar belakang syarikat ini. Tindakan Kementerian Perdagangan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat <http://www.harakahdaily.net/> tetapi juga dari ahli parlimen BN sendiri iaitu Dato' Mukhriz Tun Mahathir dalam perbahasan parlimen <http://www.tvpas.com/> pada hari yang sama.

The Biggest Robbery of the 20th Century











Tuesday, February 17, 2009

Akhir Zaman: Ciri-Ciri Al-Masih Ad-Dajjal

Archive update by: aharis, 29 June 2005, 03:49:23 WIB
http://www.agus-haris.net/modules.php?name=News&file=article&sid=528


Dajjal adalah seorang anak laki laki dari anak manusia (anak Adam) dari kaum Yahudi yang buruk, berperangai dan berbentuk seperti setan. la dikelilingi oleh setan setan dan diikuti oleh 70.000 orang Yahudi yang bertoga di kepala.

Adapun tentang dua orang tuanya, telah bersabda Rasulullah SAW:

“Orang tua dajjal tidak pemah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian terlahirlah dari keduanya seorang anak laki laki yang hanya bermata satu, berperangai buruk dan sangat sedikit manfaatnya. Ketika matanya tertidur, hatinya tidaklah ikut tertidur. Kemudian beliau SAW menerangkan tentang dua orang tuanya dengan bersabda: Ayahnya adalah seorang laki laki yang berpostur tinggi, berdaging tidak teratur, berhidung panjang, seakan akan hidungnya adalah paruh burung. lbunya adalah seorang wanita besar, bertangan panjang dan berpayudara besar.” (HR. Imam Ahmad dan At-Tirmidzi)

Adapun tentang postur tubuh dan bentuk dajjal, Rasulullah SAW telah menerangkan hal tersebut dengan lengkap dan jelas, hingga tidak perlu diragukan lagi untuk mengenalnya. Diantaranya ada ciri ciri yang kelihatan dari jauh dan ciri-ciri yang kelihatan dari dekat.

Apabila anda melihatnya dari jauh, maka ia adalah seorang laki-laki yang pendek, berbadan sangat gemuk, berkulit coklat merah yang mumi, pipinya merah, berkepala besar, seakan akan kepalanya adalah (seperti kepala) ular, berambut sangat keriting yang berbintik bintik, seakan akan rambutnya terbuat dari air dan kerikil, tebal berkelok-kelok, seakan-akan rambutnya itu adalah dahan dahan pohon (diriwayatkan oleh Imam Ahmad), dan ujung kedua tapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan.

Apabila anda melihatnya dari jarak dekat, maka ia adalah seperti setan. Dimana bagian kanan wajahnya terhapus, tidak bermata dan tidak beralis, mata kirinya menyala berwarna hijau, seakan akan ia adalah bintang yang berkilau, seakan akan ia adalah kaca hijau yang mengembung, terbelalak dan membengkak di atas pipinya seperti sebiji anggur yang terapung, atau seperti ludah di dinding.

Jadi, dajjal itu adalah bermata sebelah, mata kanannya terhapus, tak bercahaya, sedangkan mata kirinya menjulur keluar, membelalak dan mengembung atau menjulai di atas pipinya.

Adalah Rasulullah ingin mencukupkan keterangannya tentang ciri-ciri dajjal yang terperinci sampai di sini saja. Akan tetapi, Allah SWT berkehendak untuk menerangkannya dengan lebih jelas, sehingga tak seorang pun yang meragukannya, sebagaimana yang, disebutkan oleh Rasulullah SAW:

“Tertulis diantara dua matanya kata kafir yang dieja oleh Rasulullah SAW kaf, fa’, ra’ yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin yang pandai membaca maupun yang buta huruf. Menurut kami, hal ini tidak akan tersembunyi (meragukan) lagi bagi siapa saja.” 

Hadits hadits lain yang menerangkan tentang ciri ciri dajjal adalah sebagai berikut:

1. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Ternyata ia adalah seorang laki laki yang berbadan besar, merah, berambut keriting dan bermata sebelah.” (HR. Bukhary)

2. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Al Masihuddajjal adalah seorang laki laki yang pendek, ujung telapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan, berambut keriting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.” (HR. Abu Dawud dan Imam Ahmad)

3. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kepala dajjal itu dari belakang terlihat tebal dan berkelok-kelok.” (HR. Ahmad)

4. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya dajal itu terhapus matanya yang sebelah kiri.” (HR. Ahmad)

5. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Pada matanya yang sebelah kanan, seakan akan ia adalah satu biji anggur yang terapung.” (HR. Bukhary)

6. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.” (HR. At-Tirmidzi)


[Diambil dari buku “Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi, dan Munculnya Dajjal” karya Amin Muhammad Jamaluddin. Halaman 96-98. Terjemahan diterbitkan oleh Penerbit Cendekia, cetakan keempat belas, Mei 2004.]

Friday, February 6, 2009

Titik nokhtah dunia kapitalis

Dilulus terbit pada Friday, December 12 @ 17:59:19 MYT oleh TokPenghulu http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=309
Oleh Truckster

"Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun ini. Krisis kali ini lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.

Kita hanya membaca zaman meleset yang berlaku pada tahun 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Apa yang kita tahu hanya melalui surah sejarah tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu.

Zaman meleset di Amerika berlaku 80 tahun dahulu.

Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih di bawah penjajah British. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada tahun 1902. Sistem ekonomi kapitalis belum melebar. Jual beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barang masih lagi budaya ekonomi. Masyarakat konsumer yang kita lihat disekeliling kita hari ini masih belum wujud.

Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan lampu jalan memakai lampu minyak pam.

Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya.Saya sendiri belum wujud pada tahun 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah dari arwah ibu dan ayah saya.

Zaman ini telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman ini sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk.

Apakah ini tepat? Sebelum menjawab soalan itu kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini.

Untuk ujian pertama sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul. Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumer – budaya yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis.

Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset.

Jangan dengar cakap cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat dari krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis mana mungkin hanya Malaysia terselamat. Ini mustahil. Ini pembohongan.

Fakta : Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada tahun 2008 tetapi tahun lalu 2007. Ini fakta resmi kerajaan Amerika Syarikat.

Negara Iceland telah jatuh muflis. Tiga syarikat kereta yang terbesar dalam dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis.

Di UK syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar – beli satu kereta dapat satu percuma. Ini kerana tidak ada lagi pembeli yang ingin membeli kereta. Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan. Ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai.

Satu demi satu bank besar dan syarikat mata wang gergasi telah tutup kedai.

Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh ertinya pendapatan negara kita kurang.

Tahun lalu Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa? Bukankah Abdullah Badawi merasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang?

Hari ini Indek Komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum. Apakah kalau indek naik maknanya ekonomi baik. Jika indek turun tidak ada seorang menteri pun yang mengeluarkan kenyataan seolah olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.

Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami ianya bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan.

Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh. Maknanya kalau dulu kita boleh beli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit. Duit ringgit kita rupa dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya.

Noktah sebentar untuk bertanya apakah ada jalan untuk menghadapai krisis ini?Pasti ada. Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan.

Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia. Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain melainkan kita menanam tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk di eksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh.

Di Amerika dan di Eropah – berjuta juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit mereka tidak beli barang. Apabila mereka tidak beli barang – kilang kita yang membuat barang akan di tutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang kerja dan kita pula tidak ada duit.

Inilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis. Lingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk di runtuh rantahkan. Bumi adalah untuk kita bercucuk tanam dan menanam tanaman untuk makanan.

Kita wajib memisahkan diri kita dari terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer. Noktah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu.

Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu membantu – bergotong royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia.

Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit resmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ini untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer.

Mereka menjalankan perniagaan tukar menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas dari belenggu sistem ekonomi kapitalis.Satu perkara yang wajib kita semua sedari.

Pada tahun tahun 30'an apabila ekonomi Amerika dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula.

Dalam sistem ekonomi kapitalis perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka. Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat kemudian musnahkan. Buat lagi dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak.

Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis. Dalam perang kemusnahan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom di letupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi.

Industri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Amerika Syarikat, atau lebih tepat di Wall Street adalah sarang di mana kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang.

Pada ketika ini di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah. Justeru – kemungkinan perang besar akan bermula tidak boleh diketepikan.

Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang. Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia di buat.

Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India. Apa yang berlaku di Bombay baru-baru ini adalah sebahagian dari perancangan perang yang lebih luas.

Noktah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri.

Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional?

Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri.

Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya. Jawapannya di hadapan mata.

(TT)
Artikel asal: http://tukartiub.blogspot.com/

Protokol ke 10 Yahudi

Seminit untuk kita beringat...DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir......bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuanyang kononnya mau di gelar 'up to date'..Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret.....( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.... yang menonton pun tak sembahyang juga ......Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.....Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan....Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena-mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi....apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.....Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut diwarnakan.... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8. .. Food..
Makanan..Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky, Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan ... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika....siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......