Monday, February 16, 2009

Airmata Nabi Adam a.s, Cahaya di hari kiamat & Kala Jengking Neraka

Airmata Nabi Adam a.s

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya 
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. 

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.
 Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. 

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang
 bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan
hebat dari air mata taubatmu itu." 

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia
 bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua
 perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk? 

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. 

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. 

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. 

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :


"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah
 manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. 

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
 air sembahyang sebelum
azan. 

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti
 matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." 

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari
 neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya
 Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. 

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau
 hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. 

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. 

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. 

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. 

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. 

Kelima, orang yang suka minum arak." 

Fadilat Surah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah  Yassin kerana ia mengandung keberkatan", yaitu: 

1.    Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi  kenyang. 
2.    Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 
3.    Jika  orang belum berkawin akan mendapat jodoh. 
4.    Jika dalam ketakutan  boleh hilang perasaan takut. 
5.    Jika terpenjara akan  dibebaskan. 
6.    Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa  yang dilihatnya. 
7.    Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang  ditujuinya. 
8.    Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal  dunia, Allah meringankan siksanya. 
9.    Jika orang yang dahaga  membacanya, hilang rasa hausnya. 
10.   Jika dibacakan kepada orang  yang sakit, terhindar dari pada  penyakitnya. 

11.   Rasulullah s.a.w  bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati  al-Quran   itu  ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin,niscaya menuliskan pahalanya seperti  pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 

12.   Sabda Rasulullah s.a.w  lagi, "Apabila datang ajal orang yang  suka membaca  surah Yassin pada   setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.  Mereka berdoa dan  meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan  ketika mayatnya dimandikan  dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 

13.   Malaikat Maut tidak mau  memaksa mencabut nyawa orang yang suka membacaYassin  sehingga   datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman  untuknya. Ketika  dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur denganrasa   bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya  diambil. 

14.   Rasulullah s.a.w  bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada  malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah  jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari  kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui  keterangan ini,  dia adalah orang-orang yang munafik. 

Fadilat Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. 

Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. 

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Untuk amalan kita semua.....

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a. w. 
bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. 

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." 

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad saw.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri.

Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. 

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya. 

Sunday, February 15, 2009

Asal-usul buah Tamar (Kurma)


Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi
satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. 

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). 

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar
yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

 Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia.

Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.

Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah.  

Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia
mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.

Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada
pokok tamar betina . 

Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

 "Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. 

Allah s.w.t  pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Petikan artikel dari Majalah Anis keluaran Oktober 2005.

Ulasan mengenai Ribena

Isu Ribena ini sememangnya telah lama dibincangkan dan diedarkan di dalam internet. Orangramai keliru dengan status halal ini. 


1.Lucocade and Ribena 'fit for Muslims to consume'
Vikram Dodd
guardian.co.uk,
Monday 2 August 2004 02.16 BST
Article history

A leading British organisation on Islamic law has issued afatwa on Lucozade, saying Muslims can drink the soft drink despite it containing alcohol. (So, memang confirm ada alkohol)  

The religious ruling has been welcomed by the drink's maker, GlaxoSmithKline. It sought the judgment after being contacted by Muslims concerned at rumours that Lucozade was made with alcohol. 

Lucozade does have a trace amount which is permitted by food laws, but Muslims feared that consuming it might breach their religion.Ribena was also given the all-clear. The drink was a potential problem for Muslims because during its production process a filter is used made from gelatin, derived from pigs. 

Some Muslims have stopped buying both the drinks.The company undertook a five-month process to have both drinks declared halal (clean) under Islamic law. The ruling means that Lucozade and Ribena are the first British soft drinks declared fit for Muslims to consume.

Lucozade contains 0.01% of ethyl alcohol to ensure the flavouring permeates the whole drink. The company approached the UK Muslim Law (Shariah) Council to rule on whether its products were haram (forbidden by Islamic law). 

Its chairman, Zaki Badawi, a former adviser on Islam to the Prince of Wales, concluded: "I see no harm in consuming Ribena and Lucozade which contain traces of ethyl alcohol and animal ingredients that do not bear their original qualities and do not change the taste, colour or smell of the product." (Yg ni kena tanya yang Ahli - Ulama')

Tiny amounts of alcohol occur naturally in many drinks and foods, such as bread. To reach the ruling the company recreated an incident from the life of the Prophet Muhammad when he drank liquid produced from soaking raisins in water for several days, called nabith. The scientists found that the mixture would ferment, producing alcohol.

The results of the experiment helped Dr Badawi reach his decision. 



2. Berikut adalah semakan status halal diperolehi melalui  http://e-halal.hdcglobal.com :

(HDC -Halal IndustryDevelopment Corporation was established on 18 September 2006 to co-ordinate the overall development of the industry with its main focus being the development of Halal standards, audit and certification, capacity building for Halal products and services as well as to promote and facilitate growth and participation of Malaysian companies in the global Halal market.)

Wednesday, February 11, 2009

Antara Nikah dan Hutang



 

Hutang memang termasuk satu perkara yang berat sehingga para syahid pun dapat tercegah untuk memasuki surga hanya gara2 hutangnya. Namun demikian, Allah (swt) yang menciptakan manusia dan yang mengetahui batas2 kemampuannya, se-kali2 tidak akan memberi beban kepada seseorang lebih daripada kemampuannya. Sebagai orang yang beriman, maka keadaan ini adalah satu perkara yang mesti kita yakini sejak awal2 lagi, insya Allah.

 

Tidak itu saja, berkenaan dengan perkara hutang, sebenarnya Allah (swt) tidak melihat berapa banyak saudaranya atau fasilitasnya atau apa saja yang dapat menjadi jaminan bagi seseorang untuk dapat melunasi hutang, akan tetapi Allah (swt) justru memperhatikan dan memeriksa dengan sangat cermat kandungan hati dari orang yang menanggung hutang.

 

Siapa saja yang dengan kesungguhan hati berniat untuk melunasi hutangnya, maka Allah (swt) akan menolong hamba-Nya sedemikian rupa sehingga kelak dia dapat melunasi hutangnya. Bukan dengan cara kita, tetapi dengan cara Allah dan dengan lama masa yang ditentukan-Nya sendiri, sama saja apakah pelunasan tersebut melalui tangan kita sendiri atau lewat ahli waris kita, sebagaimana yang dikisahkan dalam hayatus sahabat Rasulullah (lihat bagaimana Abdullah bin Zubair melunasi hutang2 ayahnya).

 

Dan siapa saja yang tiada niat dalam hatinya untuk melunasi hutangnya, maka Allah (swt) tidak akan membantunya dan tidak pula akan membukakan jalan ke arah sana . Lebih jelek daripada itu adalah bahwa kelak di akhirat dia akan dituntut untuk membayar hutangnya sesuai dengan kuantias, kualitas dan nilai hutangnya saat dia hidup di dunia, suatu yang tidak mungkin dilakukannya. Tidak itu saja, orang2 yang berhutang yang tidak memiliki niat sama sekali untuk membayarnya, di akhirat kelak akan didakwa sebagai pencuri.

 

Hutang adalah satu tanda dari tanda2 miskinnya seseorang, bahkan meskipun secara dzahir dia memiliki fasilitas dan kebendaan yang banyak. Kepemilikan atas benda2 tidak otomatis menunjukkan seseorang bebas dari hutang. Bahkan banyak kenyataan pada hari ini bahwa sebagian orang malah tahu sama tahu bahwa hutang seseorang berbanding lurus dengan banyaknya benda2 yang (merasa) dimilikinya. Itu artinya bahwa semakin banyak benda, semakin banyaklah hutangnya. Dan tentu saja dia semakin miskin dilihat dari sisi yang tak dapat dipandangnya.

 

Memiliki hutang adalah salah satu bentuk kehinaan. Maka tidak ada cara lain untuk keluar dari kemiskinannya kecuali dengan kembali kepada janji2 Allah (swt). Dan salah satu hal yang dijanjikan Allah (swt) yang apabila seseorang memenuhinya dengan yakin akan menjadikannya seorang yang tercukupi keperluannya adalah menikah.

 

Firman Allah (swt), "Dan kawinkanlah orang2 yang sendirian diantara kamu, dan orang2 yang layak (berkawin) dari hamba2 sahayamu yang lelaki dan hamba2 sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah maha luas (pemberian-Nya) lagi maha mengetahui." (QS 24:32)

 

Atau dengan kata lain se-olah2 Allah (swt) ingin mengatakan, "Jika kamu miskin, maka Aku akan mengkayakanmu. Jika kamu kekurangan, maka Aku akan mencukupimu. Jika kamu berhutang, maka Aku akan melunasinya." Dengan syarat bahwa pernikahan tersebut se-mata2 untuk memenuhi kehendak Allah dan rasul-Nya dan untuk menyempurnakan agama pada diri kita.

 

Oleh karena itu, dahulukanlah menikah dan kelak kita akan mendapatkan bahwa janji Allah (swt) adalah benar. Tentu saja yang dimaksud menikah di sini adalah satu bentuk pernikahan sederhana yang sesuai dengan batas minimal syarat2 (minimum requirement) sahnya pernikahan. Dengan menikah seperti ini, dua kebaikan akan dapat kita raih sekaligus, menikah dan dapat melunasi hutang, insya Allah.

 

Sebaliknya, siapa saja yang mendahulukan membayar hutang apa yang belum sanggup dilakukannya, sementara menikah dengan cara sederhana dapat dilakukannya, maka umurnya akan habis dengan usahanya tersebut. Dan seandainya kelak hutangnya dapat dilunasinya, maka dia akan menjumpai bahwa dia dalam keadaan tiada berdaya untuk menikah, sama saja apakah karena lemahnya badan atau hilangnya gairah untuk mendampingi pasangannya.

 

Menikahlah dan kelak kita akan memahami bahwa ternyata Allah (swt) maha pengampun lagi maha penyayang. Hal itu kita ketahui dari hilangnya kebiasaan2 kita yang buruk dan jelek yang sering kita lakukan sebelum nikah. Tidak itu saja, bersamaan dengan lenyapnya kesempatan2 berbuat dosa (jika kita sendiri), Allah (swt) juga memberi kenikmatan2 yang hanya dapat dirasakan oleh mereka yang telah menikah. Bukan melulu hubungan suami-istri saja, tetapi juga hubungan orangtua-anak dan hubungan2 lain yang dapat terbentuk hanya melalui pernikahan. Subhanallah.

 

Subhan ibn Abdullah

Pattaya, 07/07/2005

*http://imanyakin.modblog.com/core.mod?show=blogview&blog_id=670627

Tuesday, February 10, 2009

Susu Bayi tidak Halal


Info ini diperolehi dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna islam malaysia.


Susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.


Susu ini dipercayai menggunakan hormon manusia dalam proses pembuatannya.


Susu ini pun sudah dikategorikan tidak HALAL oleh Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.