Monday, February 9, 2009

MAKAN tapi kekal LANGSING

Bagaimana dengan makan boleh terus kekal langsing ? Ikuti tip-tip di bawah:-

Makan dengan kerap.
Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

Rendah kalori, rendah lemak.
Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.


Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.
Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Waktu terbaik untuk minum air.
Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Bil 1291, 15-21 Ogos 2008, m/s:44, oleh : Khairun Nisa Ishak.
Sumber : http://www.sabah.org.my/

Friday, February 6, 2009

Titik nokhtah dunia kapitalis

Dilulus terbit pada Friday, December 12 @ 17:59:19 MYT oleh TokPenghulu http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=309
Oleh Truckster

"Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun ini. Krisis kali ini lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.

Kita hanya membaca zaman meleset yang berlaku pada tahun 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Apa yang kita tahu hanya melalui surah sejarah tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu.

Zaman meleset di Amerika berlaku 80 tahun dahulu.

Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih di bawah penjajah British. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada tahun 1902. Sistem ekonomi kapitalis belum melebar. Jual beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barang masih lagi budaya ekonomi. Masyarakat konsumer yang kita lihat disekeliling kita hari ini masih belum wujud.

Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan lampu jalan memakai lampu minyak pam.

Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya.Saya sendiri belum wujud pada tahun 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah dari arwah ibu dan ayah saya.

Zaman ini telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman ini sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk.

Apakah ini tepat? Sebelum menjawab soalan itu kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini.

Untuk ujian pertama sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul. Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumer – budaya yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis.

Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset.

Jangan dengar cakap cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat dari krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis mana mungkin hanya Malaysia terselamat. Ini mustahil. Ini pembohongan.

Fakta : Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada tahun 2008 tetapi tahun lalu 2007. Ini fakta resmi kerajaan Amerika Syarikat.

Negara Iceland telah jatuh muflis. Tiga syarikat kereta yang terbesar dalam dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis.

Di UK syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar – beli satu kereta dapat satu percuma. Ini kerana tidak ada lagi pembeli yang ingin membeli kereta. Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan. Ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai.

Satu demi satu bank besar dan syarikat mata wang gergasi telah tutup kedai.

Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh ertinya pendapatan negara kita kurang.

Tahun lalu Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa? Bukankah Abdullah Badawi merasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang?

Hari ini Indek Komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum. Apakah kalau indek naik maknanya ekonomi baik. Jika indek turun tidak ada seorang menteri pun yang mengeluarkan kenyataan seolah olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.

Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami ianya bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan.

Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh. Maknanya kalau dulu kita boleh beli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit. Duit ringgit kita rupa dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya.

Noktah sebentar untuk bertanya apakah ada jalan untuk menghadapai krisis ini?Pasti ada. Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan.

Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia. Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain melainkan kita menanam tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk di eksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh.

Di Amerika dan di Eropah – berjuta juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit mereka tidak beli barang. Apabila mereka tidak beli barang – kilang kita yang membuat barang akan di tutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang kerja dan kita pula tidak ada duit.

Inilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis. Lingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk di runtuh rantahkan. Bumi adalah untuk kita bercucuk tanam dan menanam tanaman untuk makanan.

Kita wajib memisahkan diri kita dari terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer. Noktah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu.

Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu membantu – bergotong royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia.

Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit resmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ini untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer.

Mereka menjalankan perniagaan tukar menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas dari belenggu sistem ekonomi kapitalis.Satu perkara yang wajib kita semua sedari.

Pada tahun tahun 30'an apabila ekonomi Amerika dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula.

Dalam sistem ekonomi kapitalis perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka. Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat kemudian musnahkan. Buat lagi dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak.

Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis. Dalam perang kemusnahan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom di letupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi.

Industri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Amerika Syarikat, atau lebih tepat di Wall Street adalah sarang di mana kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang.

Pada ketika ini di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah. Justeru – kemungkinan perang besar akan bermula tidak boleh diketepikan.

Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang. Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia di buat.

Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India. Apa yang berlaku di Bombay baru-baru ini adalah sebahagian dari perancangan perang yang lebih luas.

Noktah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri.

Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional?

Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri.

Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya. Jawapannya di hadapan mata.

(TT)
Artikel asal: http://tukartiub.blogspot.com/

Keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

15 Perkara Penyebab BALA

Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat menafaat.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) .. Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu".
(Hadith riwayat Tirmizi)

Protokol ke 10 Yahudi

Seminit untuk kita beringat...DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir......bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuanyang kononnya mau di gelar 'up to date'..Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret.....( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.... yang menonton pun tak sembahyang juga ......Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.....Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan....Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena-mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi....apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.....Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut diwarnakan.... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8. .. Food..
Makanan..Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky, Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan ... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika....siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam TIDAK HALAL

`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.'
Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam mengerjakan perintah Allah dan seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.


WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada di pasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi
kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan.
(persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM di Malaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh.

Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI.

KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut.

Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung lagi, maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM.

Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab di negara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang di jabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat.

Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
- NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'

Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.

Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.

Coconut Water (Air kelapa)


*COCONUT WATER*

*Here is some information about Coconut Water:


'It's a natural isotonic beverage, with the same level of electrolytic balance as we have in our blood. It's the fluid of life, so to speak.'


During the Pacific War of 1941-45, both sides in the conflict regularly used coconut water - siphoned directly from the nut - to give emergency plasma transfusions to wounded soldiers.


Most coconut water is still consumed fresh in tropical coastal areas - once exposed to air, the liquid rapidly loses most of its organoleptic and nutritional characteristics, and begins to ferment.


Coconut Water is More Nutritious than whole milk - Less fat and NO cholesterol!


Coconut Water is More Healthy than Orange Juice - Much lower calories


Coconut Water is Better than processed baby milk- It contains lauric acid, which is present in human mother's milk


Coconut water is naturally sterile -- Water permeates though the filtering husk!


Coconut water is a universal donor- Its identical to human blood plasma


Coconut Water is a Natural Isotonic Beverage - The same level we have in our blood.


Coconut water has saved lives in 3rd world countries thru Coconut IV.


Coconut water is the very stuff of Nature, biologically Pure, full of Natural Sugars, Salts, and Vitamins to ward off fatigue... and is the next wave of energy drinks.


BUT natural!', according to Mortin Satin, Chief of the United Nation's Food & Agriculture Organization.


Coconut water contains more potassium (at about 294 mg) than most sports drinks (117 mg) and most energy drinks..


Coconut water has less sodium (25mg) where sports drinks have around 41mg and energy drinks have about 200mg!


Coconut water has 5mg of Natural Sugars where sports and energy drinks range from 10-25mg of Altered Sugars.


Coconut water is very high in Chloride at 118mg; compared to sports drinks at about 39mg.


Data is based on a 100ml drink*