Friday, February 6, 2009

IBU ...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

New-mom Body Survey

The new-mom body survey: 7,000 women tell it like it is
by Leslie Crawford and Sierra Senyak

Last updated: March 2008

65% of new moms said they expected to be back down to their pre-pregnancy weight by their baby's first birthday

87 percent of women say their stomach still hasn't returned to normal
42% of our moms gained more than the recommended limit of 35 pounds

Nearly 90 percent of the moms who were overweight one to two years later blamed pregnancy for their weight problem

Over half of survey takers confessed that their body image has gotten worse since they became a motherNearly half of our survey moms said they got negative comments on their post-baby body from their parents

AVOID Eating Chicken WINGS

AVOID Eating Chicken WINGS frequently - Especially Ladies

A truestory... ! A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwentan operation to remove the cyst. The cyst removed was filled with a dark coloured blood.

She thought that she would be recovered after the surgery but she was terribly wrong. A relapse occurred just a few months later. Distressed,she rushed down to her gynecologist for a consultation. During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.

You see, the truth is in this modern day and age, chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs ofthis society can be met.

This need is none other then the need for food. Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.

Therefore, it is in this places that the highest concentration of steroids exist. These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth. It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb.

Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

Urutan Labah-labah dan Cakar Harimau

Ustazah Nor Bahyah senarai 7 langkah 'urutan labah-labah'
khas untuk yang dah berkahwin ..... dan akan berkahwin...

Tujuh langkah yang perlu dilakukan dalam teknik urutan `cakaran harimau' dan `urutan labah-labah' untuk membolehkan isteri disayangi oleh suami masing-masing.


Kesediaan penceramah agama, Siti Nor Bahyah Mahmood menyenaraikan langkah-langkah itu adalah ekoran permintaan daripada kalangan isteri yang mahu beliau memperincikan teknik-teknik urutan berkenaan, setelah petua menambat hati suami disiarkan oleh Utusan Malaysia, kelmarin.

Menurut Nor Bahyah, langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan
perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Nor Bahyah yang semakin popular dalam program agama di televisyen menambah, langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok. Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu'.

Beliau yang mendapat pendidikan di Maktab Mahmood di Alor Setar, Kedah
dan seterusnya melanjutkan pengajian agama di Universiti Al Azhar, Mesir, berkata, apa yang menarik tip itu bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing.


Menurutnya lagi, kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.

Beliau turut mengingatkan ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi.
Kata Nor Bahyah, minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.

Nor Bahyah berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'.
Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a'syir,' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,'' ujarnya.

Tambah Nor Bahyah, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.

Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,'' katanya.

Kata Nor Bahyah,

Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa disuruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga.

Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,'' tambahnya.

Wednesday, February 4, 2009

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.

Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.

Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Nasihat Rasulullah SAW

1.SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)


3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"
(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan
hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabili hati & kesehatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah.

Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Alangkah bertuahnya kita dijadikan Allah, seorang wanita.

buat renungan bersama..