Saturday, June 20, 2009

PUASA 2009

Nabi s.a.w. bersabda; " Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebut sebagai Sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai itu." - Riwayat Baihaqi

Bulan REJAB 1430H bersamaan 24 Jun - 22 Julai 2009


Aisyah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda; " Semua manusia pada hari Kiamat akan kebuluran kecuali para Nabi dan para ahlinya yang berpuasa di bulan Rejab, bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Sesungguhnya mereka semua kenyang tidak merasa lapar dan dahaga." - Kitab Durratun Nasihin

Bulan REJAB 1430H bersamaan 24 Jun - 22 Julai 2009
Bulan SYAABAN 1430H bersamaan 23 Julai - 21 Ogos 2009
Bulan RAMADHAN 1430H bersamaan 22 Ogos - 19 September 2009


Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj."

27 REJAB 1430H bersamaan 20 Julai 2009


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ada lelaki datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan dia ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah aku puasa untuk membayar puasa itu?" Jawab Nabi s.a.w.; "Ya boleh! Hutang kepada Allah lebih berhak untuk di bayar." - Sahih Bukhari


Aisyah r.a. menceritakan; "Nabi s.a.w. tidak pernah puasa sunat setiap bulan dalam setahun lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Beliau bersabda; Beramallah kamu sesuai dengan kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri bosan beramal." - Sahih Muslim

Bulan SYAABAN 1430H bersamaan 23 Julai - 21 Ogos 2009


Dari Aisyah r.a. katanya; "Rasulullah s.a.w sering berpuasa sehingga kami menyangka bahawa beliau akan puasa seterusnya dan beliau sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangkakan bahawa beliau akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat beliau berpuasa sebulan penuh kecuali dalam bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa sunat dalam sebulan lebih banyak di bulan Syaaban." - Sahih Muslim

No comments:

Post a Comment