Wednesday, April 29, 2009

Asal 4 Buah Sungai Di Syurga

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa  aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga  Allah. 

Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat  buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada  airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg  tidak masin. 

Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti  firman Allah di dalam al-Qur'an : "Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada  sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah  rasanya. Ada  sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan". 

Aku bertanya kepada Jibrail a.s : "Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah  akhirnya?" 

Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui." 

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu  muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya,  dia munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku  semula, aku berada dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg  amat besar diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya  dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas. 

Dan, aku lihat mengalir empat batang  sungai dari bawahnya. 

Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan  bertanya: "Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?" 

Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah  kuncinya" 

Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam  tanganmu" 

Tanyaku : "Dimana?" 

Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim". 

Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar. 

Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu  bertanya lagi kepadaku: "Apakah engkau sudah cukup puas melihat  permandangan ini? Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkau  perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu memancutkan  airnya". 

Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya. 

Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar  air sungai tawar. Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai  susu. Dari  lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu. 

Demikianlah asalnya (4) empat  buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat  kelak. 

Tabiat Mudah Menabung

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung 
Oleh Orang Ringgit

Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? 
Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! 
Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.

#1: Berhenti merokok
“Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.” 
--Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28
Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun! 
(Orliz : Kena ada kekuatan diri dan kemahuan sendiri untuk berhenti merokok sebab rata-rata ramai perokok mempunyai pelbagai alasan untuk tidak berhenti...)

#2: Bawa bekalan ke tempat kerja
“Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”
--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36
Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan! 
(Orliz : Amalkan berpuasa sunat)

#3: Cuci kereta sendiri
“Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta.” 
--Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26
Orang Ringgit: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak. 
(Orliz : Cuci kereta bila perlu)

#4: Beriadah di rumah
“Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan.”
--Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25
Orang Ringgit: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu. 
(Orliz : Selain daripada bersenam tubuh badan, di rumah juga boleh bersenam mulut - dengan anak-anak..)

#5: Bayar bil kredit kad pada masanya
“Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.”
--Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23
Orang Ringgit: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.
(Orliz : Kurangkan penggunaan kad kredit. Gunakan untuk urusan penting sahaja)

#6: Ajar anak anda sendiri
“Saya mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM360 sebulan.”
--Puan Kannan, penulis bebas. Umur: 42
Orang Ringgit: Sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menabung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti. 
(Orliz : Ajar anak yang besar untuk membantu adiknya juga)

#7: Lepak di gerai “teh tarik” daripada di restoran yang mahal 
“Dulu saya dan kawan-kawan saya suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hampir RM50 setiap minggu. Sekarang, kami lepak di gerai teh tarik dan membelanjakan hanya RM10 seminggu. 
--Sofiana, pelajar. Umur: 18
Orang Ringgit: Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2,080 setahun. 
(Orliz : Apa kata minum dan lepak di rumah sahaja)

#8: Kurangkan penggunaan elektrik
“Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan elektrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 kepada RM120 sebulan.”
--Puan Cheah, suri rumah. Umur: 47
Orang Ringgit: Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun. 
(Orliz : Barangan letrik yang menggunakan motor untuk beroperasi menggunakan lebih tenaga. Tutup bila tidak menggunakannya. Dan larang anak-anak dari melepak depan petiais)

#9: Rancang pembelian barangan dapur
“Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukkan dengan membeli keropok, minuman dalam tin dan gula-gula. Tahun ini, saya berusaha untuk mengikut senarai yang saya buat dan berjaya menjimatkan RM80 sebulan.”
--Dina, penjual bunga. Umur: 33
Orang Ringgit: Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun. 
(Orliz : Belajar mengatakan TIDAK kepada pengikut2 setia kita ke kedai dan juga nafsu diri sendiri)

#10: Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian
“Saya bayar hampir kesemua bil saya menggunakan kemudahan Internet. Saya dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan.”
--Rajesh Nair, Jurutera Perisian. Umur: 28
Orang Ringgit: Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan Internet.
(Orliz : Bukan semua orang mempunyai kemudahan internet di rumah. Kumpul bil bersama kawan2 ofis dan upah seseorang dikenali unutk membayarnya sekaligus)

Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!

Saturday, April 25, 2009

Masjid Al-Aqsa : Apa yang kita tahu mengenainya?

Apakah kita tahu dan sedar, setiap kali disebut Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis (Jurusalem), media TV akan menanyangkan gambar ini.

Ini sebenarnya adalah 
Masjid Qubha As-Sakhra 
(Dome of the Rock). 

Ada pendapat mengatakan ianya adalah Masjid Khalifah Umar Al Khattab ra yang dibangun setelah penaklukan Baitul Maqdis yang pertama.

Maka, orang islam atau pun bukan islam, dengan tujuan yang berbeza-beza akan berterusan menyebarkan gambar ini tanpa menyedari bahawa kita telah dikelirukan dengan fakta yang salah.


Lihatlah gambar ini.















Inilah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Rasulullah SAW menyebutnya sebagai Masjid Biru kerana warna kubahnya biru.

Di Masjid inilah, Rasulullah SAW telah singgah untuk mengimamkan solat jemaah lebih 124,000 orang terdiri dari para rasul dan nabi (ketika isra' dan mikraj).




Ingatlah! Dalam sejarah Islam, Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam.


Kini, kiblat umat Islam adalah Masjid Al-Haram di Mekah (tanah kelahiran Rasulullah SAW), merupakan tempat paling suci umat Islam.

Masjid Al-Aqsa pula merupakan tempat suci umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Al Nabawi di Madinah.






Apakah tujuan media yang dieksploitasi oleh Yahudi menyebarkan pembohongan ini?

Ini adalah untuk membolehkan Yahudi menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan membina 'Temple of Solomon' di atas tapak runtuhan masjid ini. Yahudi percaya melalui kitab Perjanjian Lama (Taurat), akan datang dewa penyelamat Yahudi di akhir zaman yang dikenali sebagai 'Messiah' (Al-Masih dalam Bahasa Arab) ketika mereka mengada upacara ritual di Solomon Temple dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah (Al-Baqarah).

Oleh kerana ini, adalah penting bagi umat Islam untuk mengetahui perbezaan antara kedua masjid ini agar Yahudi tidak sewenang-wenangnya melaksanakan agenda jahat mereka.

Rujukan : 
Islamic Center of America
Islamic City in Middle East
Universiti Al-Azhar, Kairo, Mesir
Majalah 'Guardian' - United Kingdom

Shalahuddin Al-Ayyubi

Dipetik Dari Buku:Kisah 85 Kekasih Allah (Kisah Pejuang Islam) Jilid 3 
Oleh:   Hj Ahmad Muhd Abd Ghaffar

Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.

Hasutan Sang Paderi

Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra’, singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini. 

Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius. 

Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap. 

Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki. 

Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk  itu  menjadi salah anggapan  oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam. 

Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis. 

Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib. 

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya. 

Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib. 

Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

Kaum Salib Mengganas
    
Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan. 
    
Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing. 
    
Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka. 
    
Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa. 
   
 Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: “Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu. 
    
Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia. 
Raymond d’Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: “Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda.” 
    
Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi. 
    
Seterusnya Michaud berkata: “Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup  -hidup  , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan. 
    
Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan.” 
    
Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: “Kaum Salib kita yang “bertakwa” itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali. 
    
Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: “Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu.” 

Kemunculan Panglima Shalahuddin
    
 Jatuhnya kota Suci Baitul Maqdis ke tangan kaum Salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak menyangka kota Suci yang telah dikuasainya selama lebih 500 tahun itu boleh terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah belah. Para ulama telah berbincang dengan para Sultan, Emir dan Khalifah agar mengambil berat dalam perkara ini. Usaha mereka berhasil. Setiap penguasa negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik kota Suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh. 
    
Setelah hampir empat puluh tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis, Shalahuddin Al-Ayyubi baru lahir ke dunia, yakni pada tahun 1138 Masihi. Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan awal kepada Shalahuddin. 
    
Selain itu, Shalahuddin juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan panglima perang Syria yang telah berhasil mengalahkan tentera Salib sama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh panglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda. 
    
Pada tahun 549 H/1154 M, panglima Asasuddin Syirkuh memimpin tenteranya merebut dan menguasai Damsyik. Shalahuddin yang ketika itu baru berusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang. Pada tahun 558 H/1163 Masihi, panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayyubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yang semakin lemah.Usahanya berhasil. Khalifah Daulat Fatimiyah terakhir Adhid Lidinillah dipaksa oleh Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani perjanjian. Akan tetapi, Wazir besar Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular di kalangan istana dan rakyat. 
    
Dengan senyap-senyap dia pergi ke Baitul Maqdis dan meminta bantuan dari pasukan Salib untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan Salib yang dipimpin oleh King Almeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari kaum Salib, panglima Asasuddin dan Shalahuddin dibenarkan balik ke Damsyik. 
    
Kerjasama Wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera yang besar yang tetap  dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Shalahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawar setelah mendengar kemaraan pasukan Islam. Akan tetapi Panglima Syirkuh kali ini bertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric dan menghalaunya dari bumi Mesir dengan aib sekali. 
    
Panglima Shirkuh dan Shalahuddin terus mara ke ibu kota Kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan Wazir Shawar. Akan tetapi pasukan Shawar hanya dapat bertahan sebentar saja, dia sendiri melarikan diri dan bersembunyi. Khalifah Al-Adhid Lidinillah terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima Syirkuh buat kali kedua. Suatu hari panglima Shalahuddin Al-Ayyubi berziarah ke kuburan seorang wali Allah di Mesir, ternyata Wazir Besar Shawar dijumpai bersembunyi di situ. Shalahuddin segera menangkap Shawar, dibawa ke istana dan kemudian dihukum bunuh. 
    
Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar. Wazir Baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima Shalahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain termasuk bandar perdagangan Iskandariah. 

Menutup Daulat Fatimiyah
    
Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun 565 H/1169 M. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Shalahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar menggantikan Syirkuh dengan mendapat persetujuan pembesar-pembesar Kurdi dan Turki. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Daulat Fatimiah, Shalahuddin tetap  menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya. 
    
Nuruddin Zanki berulang kali mendesak Shahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan Daulat Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah di Baghdad. Akan tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru, beliau memperhatikan keadaan sekelilingnya sehingga musuh-musuh dalam selimut betul-betul lumpuh. 
    
Barulah pada tahun 567 H/1171 Masihi, Shalahuddin mengumumkan penutupan Daulat Fatimiah dan kekuasaan diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah. Maka doa untuk Khalifah Al-Adhid pada khutbah Jumaat hari itu telah ditukar kepada doa untuk Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah. 
    
Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat, sehingga beliau tidak mengetahui perubahan besar yang berlaku di dalam negerinya dan tidak mendengar bahawa Khatib Jumaat sudah tidak mendoakan dirinya lagi. Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikan sebagaimana kedudukan sebelumnya, yakni sebagai Khalifah. 
    
Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Daulat Fatimyah yang dikuasai oleh kaum Syi’ah selama 270 tahun. Keadaan ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh golongan Ahlussunnah di seluruh negara Islam lebih-lebih lagi di Mesir sendiri. Apalagi setelah Wazir Besar Shawar berkomplot dengan kaum Salib musuh Islam. Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telah disambut meriah di seluruh wilayah-wilayah Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir Nuruddin Zanki. 
    
Mereka sangat berterima kasih kepada Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi yang dengan kebijaksanaan dan kepintarannya telah menukar suasana itu secara aman dan damai. Serentak dengan itu pula, Wazir Besar Shalahuddin Al-Ayyubi telah merasmikan Universiti Al-Azhar yang selama ini dikenal sebagai pusat pengajian Syiah kepada pusat pengajian Ahlussunnah Wal Jamaah. Semoga Allah membalas jasa-jasa Shalahuddin.    Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam
    
Walaupun sangat pintar dan bijak mengatur strategi dan berani di medan tempur, Shalahuddin berhati lembut, tidak mahu menipu atasan demi  kekuasaan dunia. Beliau tetap  setia pada atasannya, tidak mahu merampas kuasa untuk kepentingan peribadi. Kerana apa yang dikerjakannya selama ini hanyalah mencari peluang untuk menghalau tentera Salib dari bumi Jerussalem. Untuk tujuan ini, beliau berusaha menyatu padukan wilayah-wilyah Islam terlebih dahulu, kemudian menghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar tidak berulang lagi. 
    
Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tapi masih tetap  taat setia pada kepimpinan Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dan digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulk al Shalih. Para ulama dan pembesar menginginkan agar Emir Salahudin mengambil alih kuasa kerana tidak suka kepada Mulk al-Shalih keran selalu cuai melaksanakan tanggungjawabnya dan suka bersenang-senang. Akan tetapi Shalahuddin tetap  taat setia dan mendoakan Mulk al Saleh dalam setiap khutbah Jumaat, bahkan mengabadikannya pada mata wang syiling. 
    
Apabila Damsyik terdedah pada serangan kaum Salib, barulah Shalahudin menggerakkan pasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu daripada jatuh. Tidak lama kemudian Ismail wafat, maka Shalahuddin menyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Emirat Al-Ayyubiyah dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tiada berapa lama kemudian, Sultan Shalahuddin dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalam kekuasaannya yang besar. Negara di Afirka yang telah diduduki oleh askar Salib dari Normandy, juga telah dapat direbutnya dalam masa yang singkat. Dengan ini kekuasaan Shalahuddin telah cukup   besar dan kekuatan tenteranya cukup   ramai untuk mengusir tentera kafir Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selama berpuluh tahun. 
    
Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, wara’ dan sederhana membuat kaum Muslimin di bawah kekuasaannya sangat mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasa mendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan segera. 

Perjuangan Merebut Baitul Maqdis
    
Setelah merasa kuat, Sultan Shalahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan tentera Salib yang menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula. Banyak rintangan dan problem yang dialami oleh Sultan sebelum maksudnya tercapai. Siasah yang mula-mula dijalankannya adalah mengajak tentera Salib untuk berdamai. Pada lahirnya, kaum Salib memandang bahawa Shalahuddin telah menyerah kalah, lalu mereka menerima perdamaian ini dengan sombong. Sultan sudah menjangka bahawa orang-orang kafir Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagi beliau untuk melancarkan serangan. Untuk ini, beliau telah membuat persiapan secukupnya. 
   
Ternyata memang betul, baru sebentar perjanjian ditandatangani, kaum Salib telah mengadakan pelanggaran. Maka Sultan Shalahuddin, segera bergerak melancarkan serangan, tapi kali ini masih gagal dan beliau sendiri hampir kena tawan. Beliau kembali ke markasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar. 
    
Suatu kejadian yang mengejutkan Sultan dalam suasana perdamaian adalah tindakan seorang panglima Salib Count Rainald de Chatillon yang bergerak dengan pasukannya untuk menyerang kota Suci Makkah dan Madinah. Akan tetapi pasukan ini hancur binasa digempur mujahid Islam di laut Merah dan Count Rainald dan sisa pasukannya balik ke Jerussalem. Dalam perjalanan, mereka telah berjumpa  dengan satu iring-iringan kafilah kaum Muslimin yang didalamnya terdapat seorang saudara perempuan Sultan Shalahuddin. Tanpa berfikir panjang, Count dan kuncu-kuncunya menyerang kafilah tersebut dan menawan mereka termasuk saudara perempuan kepada Shalahuddin. 

Dengan angkuh Count berkata: “Apakah Muhammad, Nabi mereka itu mampu datang untuk menyelamatkan mereka?” 
    
Seorang anggota kafilah yang dapat meloloskan diri terus lari dan melapor kepada Sultan apa yang telah terjadi. Sultan sangat marah terhadap pencabulan gencatan senjata itu dan mengirim perutusan ke Jerussalem agar semua tawanan dibebaskan. Tapi mereka tidak memberikan jawapan. Ekoran kejadian ini, Sultan keluar membawa pasukannya untuk menghukum kaum Salib yang sering mengkhianati janji itu. Terjadilah pertempuran yang sangat besar di gunung Hittin sehingga dikenal dengan Perang Hittin. 
    
Dalam pertempuran ini, Shalahuddin menang besar. Pasukan musuh yang berjumlah 45,000 orang hancur binasa dan hanya tinggal beberapa ribu saja yang sebagian besarnya menjadi tawanan termasuk Count Rainald de Chatillon sendiri. Semuanya diangkut ke Damaskus. Count Rainald yang telah menawan saudara perempuan Sultan dan mempersendakan Nabi Muhammad itu digiring ke hadapan beliau. 

“Nah, bagaimana jadinya yang telah nampak oleh engkau sekarang? Apakah saya tidak cukup   menjadi pengganti Nabi Besar Muhammad untuk melakukan pembalasan terhadap berbagai penghinaan engkau itu?” tanya Sultan Shalahuddin. 
    
Shalahuddin mengajak  Count agar masuk Islam, tapi dia tidak mahu. Maka dia pun dihukum bunuh kerana telah menghina Nabi Muhammad.    

Kembali Ke Pangkuan Kaum Muslimin
    
Setelah melalui berbagai peperangan dan menaklukkan berbagai benteng dan kota, sampailah Sultan Shalahuddin pada matlamat utamanya iaitu merebut Baitul Maqdis. Kini beliau mengepung Jerussalem selama empat puluh hari membuat penduduk di dalam kota itu tidak dapat berbuat apa-apa dan kekurangan keperluan asas. Waktu itu Jerussalem dipenuhi dengan kaum pelarian dan orang-orang yang selamat dalam perang Hittin. Tentera pertahanannya sendiri tidak kurang dari 60,000 orang. 
    
Pada mulanya Sultan menyerukan seruan agar kota Suci itu diserahkan secara damai. Beliau tidak ingin bertindak seperti yang dilakukan oleh Godfrey dan orang-orangnya pada tahun 1099 untuk membalas dendam. Akan tetapi pihak Kristian telah menolak tawaran baik dari Sultan, bahkan mereka mengangkat Komandan Perang untuk mempertahankan kota itu. Kerana mereka menolak seruan, Sultan Shalahuddin pun bersumpah akan membunuh semua orang Kristian di dalam kota itu sebagai membalas dendam ke atas peristiwa 90 tahun yang lalu. Mulailah pasukan kaum Muslimin melancarkan serangan ke atas kota itu dengan anak panah dan manjanik. 
    
Kaum Salib membalas serangan itu dari dalam benteng. Setelah berlangsung serangan selama empat belas hari, kaum Salib melihat bahawa pintu benteng hampir musnah oleh serangan kaum Muslimin. Para pemimpin kaum Salib mulai merasa takut melihat kegigihan dan kekuatan pasukan Muslim yang hanya tinggal menunggu masa untuk melanggar masuk. Beberapa pemimpin Kristian telah keluar menemui Sultan Shalahuddin menyatakan hasratnya untuk menyerahkan kota Suci secara aman dan minta agar nyawa mereka diselamatkan. 
    
Akan tetapi Sultan menolak sambil berkata: “Aku tidak akan menaklukkan kota ini keculai dengan kekerasan sebagaimana kamu dahulu menaklukinya dengan kekerasan. Aku tidak akan membiarkan seorang Kristian pun melainkan akan kubunuh sebagaimana engkau membunuh semua kaum Muslimin di dalam kota ini dahulu.” Setelah usaha diplomatik mereka tidak berhasil, Datuk Bandar Jerussalem sendiri datang menghadap Sultan dengan merendah diri dan minta dikasihani, memujuk dan merayu dengan segala cara. Sultan Shalahuddin tidak menjawabnya. 
    
Akhirnya ketua Kristian itu berkata: “Jika tuan tidak mahu berdamai dengan kami, kami akan balik dan membunuh semua tahanan (terdiri dari kaum Muslimin seramai 4000 orang) yang ada pada kami. Kami juga akan membunuh anak cucu kami dan perempuan-perempuan kami. Setelah itu kami akan binasakan rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang indah-indah, semua harta dan perhiasan yang ada pada kami akan dibakar. Kami juga akan memusnahkan Kubah Shahra’, kami akan hancurkan semua yang ada sehingga tidak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Selepas itu, kami akan keluar untuk berperang mati-matian, kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang kami harapkan selepas ini. Tidak seorang pun boleh membunuh kami sehingga sebilangan orang-orang tuan terbunuh terlebih dahulu. Nah, jika demikian keadaannya, kebaikan apalagi yang tuan boleh harapkan?”       

Setelah mendengar kata-kata nekat dan ugutan itu, Sultan Shalahuddin menjadi lembut dan kasihan dan bersedia untuk memberikan keamanan. Beliau meminta nasihat para ulama yang mendampinginya mengenai sumpah berat yang telah diucapkannya. Para ulama mengatakan bahawa beliau mesti menebus sumpahnya dengan membayar Kifarat sebagaimana yang telah disyariatkan. 
    
Maka berlangsunglah penyerahan kota secara aman dengan syarat setiap penduduk mesti membayar wang tebusan. Bagi lelaki wajib membayar sepuluh dinar, perempuan lima dinar dan kanak-kanak dua dinar sahaja. Barangsiapa yang tidak mampu membayar tebusan, akan menjadi tawanan kaum Muslimin dan berkedudukan sebagai hamba. Semua rumah, senjata dan alat-alat peperangan lainnya mesti ditinggalkan untuk kaum Muslimin. Mereka boleh pergi ke mana-mana tempat yang aman untuk mereka. Mereka diberi tempo selama empat puluh hari untuk memenuhi syarat-syaratnya, dan Barangsiapa yang tidak sanggup  menunaikannya sehinnga lewat dari waktu itu, ia akan menjadi tawanan. Ternyata ada 16,000 orang Kristian yang tidak sanggup  membayar wang tebusan. Semua mereka ditahan sebagai hamba. 
    
Maka pada hari Jumaat 27 Rajab 583 Hijrah, Sultan Shalahuddin bersama kaum Muslimin memasuki Baitul Maqdis. Mereka melaungkan “Allahu Akbar” dan bersyukur kehadirat Allah s.w.t. Air mata kegembiraan menitis di setiap pipi kaum Muslimin sebaik saja memasuki kota itu. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Shalahuddin di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra’ Nabi S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Pada  hari Jumaat tersebut, kaum Muslimin tidak sempat melaksankan solat Jumaat di Masjidil Aqsa kerana sempitnya waktu. Mereka terpaksa membersihkan Masjid Suci itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan patung-patung yang dipertuhan oleh kaum Kristian. Barulah pada Jumaat berikutnya mereka melaksanakan solat Jumaat di Masjidil Aqsa buat pertama kalinya dalam masa 92 tahun. Kadi Muhyiddin bin Muhammad bin Ali bin Zaki telah bertindak selaku khatib atas izin Sultan Shalahuddin. 
    
Kejatuhan Jerussalem ke tangan kaum Muslimin telah membuat Eropah marah. Mereka melancarkan kutipan yang disebut “Saladin tithe”, yakni derma wajib untuk melawan Shalahuddin yang hasilnya digunakan untuk membiayai perang Salib. Dengan angkatan perang yang besar, beberapa orang raja Eropah berangkat untuk merebut kota Suci itu semula. Maka terjadilah perang Salib ketiga yang sangat sengit. Namun demikian, Shalahuddin masih dapat mempertahankan Jerussalem sehingga perang tamat. Setahun selepas perang Salib ke tiga itu, Sultan Shalahuddin pulang kerahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, amin.

Peribadi Seorang Panglima
    
Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan. Seorang penulis sejarah mengatakan: “Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.” 
    
Sultan Shalahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidup  nya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap  mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis. 
   
 Di dalam buku The Historians’ History of the World disebutkan sifat-sifat Shalahuddin sebagai berikut: “Keberanian dan keberhasilan Sultan Shalahuddin itu terjelma seluruhnya pada perkembangan keperibadian yang luar biasa. Sama seperti halnya dengan Emir Imamuddin Zanki dan Emir Nuruddin Zanki, beliau juga merupakan seorang Muslim yang taat. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Shalahuddin membacakan Kitab Suci Al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai mengerjakan solat lima waktu sampai pada akhir hayatnya. Minumannya tidak lain dari air kosong saja, memakai pakaian yang terbuat dari bulu yang kasar, dan mengizinkan dirinya untuk dipanggil ke depan pengadilan. Beliau mengajar sendiri anak-anaknya mengenai agama Islam.......”    Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah. 
    
Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu anh. 
    
Ketika buku ini ditulis, Baitul Maqdis sedang berada di dalam kekuasaan Zionis Yahudi dengan negaranya Israil yang dipaksakan. Jika sekiranya ada kepala negara yang bersifat seperti Sultan Shalahuddin di Timur Tengah sana, insya Allah Baitul Maqdis dapat direbut semula oleh kaum Muslimin. 


Friday, April 24, 2009

Kenali Nabimu

APAKAH ENGKAU MENGENAL NABIMU?

Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?! 
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?

Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya peribadi Nabi mu, pasti engkau jatuh hati kepadanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya,
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya.
Engkau akan terasa terhutang budi kepadanya,
Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad Nabi mu S.A.W, Nabi mu
Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya.
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.
Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar engkau kenal Nabi mu, siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah.
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim.
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim.
Dia adalah anak yatim piatu.
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain.
Dia lahir daripada keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan,
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad.
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan Syurga,
neraka, dunia, akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirath, manusia, jin,haiwan, jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad S.A.W, yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.

Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad di kalangan para nabi.
Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrak dan dimikrajkan.
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahayanya yang terang.
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan.
Kerana itulah di dipanggil Habibullah oleh Allah.
Ketua seluruh para rasul dan para anbiya.
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa.
Imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat.
Orang yang memberi syafaatul-kubra di akhirat dan orang yang pertama masuk syurga.
Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap.
Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung.
Tiada siapa yang dapat menirunya.

Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat.
Sekali pun dia tidak boleh menulis dan membaca.
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya.
Bahkan lebih mulia dari para malaikat
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah.
Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya.
Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin.
Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah.
Tiada seorang pun melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya.
Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.

Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya.
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa,
Adakalanya laksana ibu dan ayah,
Adakalanya macam kawan yang membela dan setia,
Adakalanya dirasakan guru,
Adakalanya bagaikan pemimpin,
Adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya.

Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa,
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya,
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja.
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.
Ibadahnya banyak terutama sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya.

Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan.
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja.
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan,
Satu perbuatan yang luarbiasa.
Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain.
Sangat pemalu dan merendah diri.
Sangat menerima keuzuran orang.
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya.
Kerana itulah dia dapat menjadi Ketua Ulul Azmi daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam.
Dia suka seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur.
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.

Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan,
27 kali dia ikut sama atau ikut serta tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang.
Anak-anak didikannya itulah dia para Sahabat hingga dia berkata:
"Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang dapat kamu ikut, kamu akan petunjuk."
"Para ulama umatku laksana para-para nabi bani israil." -jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.
Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dibaling dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama 3 tahun, dikepung, hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah,
Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya,
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah.
Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya.
Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya.
Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat.
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.

Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya.
Tertulis di belikatnya khatamun-nubuwah.
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi.
Orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya.
Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila  bertembung dengan pandangannya.

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya.
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakan.
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala,
Hinggakan makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya,
Bahkan diberi kepada yang berhak.
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya.
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya.
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya.
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan.
Tidak pernah mencerca makanan,
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya.
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir.
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang.
Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara.
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya.
Didikan dan pimpinanya sangat berjaya.
Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatat dalam sejarah :

Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti (takutkan) Allah Taala 
Bahkan Tuhan menjadi idola mereka.
Dapat menyatu-padukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya.
Bahkan dapat menanamkan kasih-sayang satu sama lain di kalangan manusia.
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya.
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya.
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa.
Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam.
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.

Itulah dia Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
Itulah dia Nabi kita, manusia yang luar biasa, yang istimewa yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya.
Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya, sudah mengkagumkan kita.
Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini kita boleh melupakan begitu sahaja?
Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia?

Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa.
Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia?
Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi.
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya,sanggup mati kerananya.
Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita.
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia,bertamadun, berkasih-sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah,bersih dari noda dan dosa.
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.

~ Abuna

Wednesday, April 22, 2009

Tidak SOLAT

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 

Segala IBU

Sabda Rasulullah SAW:

Ada 4 di pandang sebagai IBU , iaitu : 
  
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. 

RACUN dan PENAWAR

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. 
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. 
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. 
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya. 

Seruan KUBUR

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ... 
  
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 

AZAB bagi Wanita

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. 

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sumber : alumni_hidayah@yahoogroups.com [mailto:alumni_hidayah@yahoogroups.com] On
Behalf Of Abdul Hadi Nasution

Keburukan MENGUAP


Menguap.....semua orang menguap termasuk juga saya... tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu  apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ... ini rasanya kebanyakan orang tahu,Alhamdullilah....kan manis gitu..

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh.....huh....haaa dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan..? astarafilullah..! begitu rupanya...lalainya saya.

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak
kita sedar,setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan...

insyallah..
.

Petua 8P Ustazah Siti Nur Bahyah

1.  PUJI     - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.  PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 

3.  PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4.  PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh    mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.    

5.  PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.    

6.  PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.    

7.  PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.    

8.  PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU MEMBACA 
SURAH AL-IMRAN AYAT KE-31 







ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH SAMA 







BAGI MENGURANGKAN PANAS BARAN SUAMI.

KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.

“KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA,” KATANYA.

Tuesday, April 21, 2009

Bantuan Kecemasan untuk Pesakit Stroke : Apa anda perlu buat?


Rahsia Iblis

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?."
Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling." 

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya." 

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan,(seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebihkurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita." 

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah." 


Wallahualam